Hati dan perasaan

By Ieka Ahmad - 12:50:00 AM

Bila bercakap tentang cinta dan kasih sayang, saya bukanlah arif sangat. Tapi yang saya tahu cinta tu anugerah Allah yang paling indah. Tadi saya dan saudara yang lain keluar luangkan masa bersama. As usual, tempat lepak terbaru kami Kopitiam. Perbualan yang agak panjang. Mostly mengenai arwah abang. Arwah abang adalah inspirasi saya bila bercakap mengenai cinta. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini. Tapi di mata saya, dia sangat sempurna. Setahu saya arwah abang tidak pernah sakiti hati mana-mana wanita yang dia kenali. Arwah abang tidak pernah mahu berkata 'tidak'. Sentiasa berpandangan jauh. MashaAllah. Saya tahu kebanyakkan wanita di luar sana impikan seorang kekasih yang baik dan soleh. Begitu juga sebaliknya untuk kaum lelaki. Dan bagi saya, itu tidak mustahil sama sekali.

Untukmu lelaki, kalau engkau mengaku susah untuk mencari wanita solehah janganlah engkau mencari di mana dia tetapi berusahalah untuk mengubah diri agar menjadi seorang lelaki yang baik. Kerana janji Allah itu pasti, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Begitu juga untukmu wanita :)

Arwah abang mengajar saya bahawa kedua-dua cinta dan kasih sayang tu adalah sesuatu yang luhur. Perasaan itu sesuatu yang luar biasa. Dan saya percaya bila kita mencintai seseorang itu dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, perasaan itu akan terus kekal biarpun pasangan hidup kita bukanlah dia. Tanyalah mana-mana lelaki, walaupun banyak helah mereka tapi percayalah bila ditanya soal hati mereka akan tetap setia pada yang satu. Tanyalah mana-mana lelaki, kalau cinta tu cinta sejati, 20 tahun dari sekarang mereka akan masih teringatkan cinta sejati mereka. Kalau ianya kuat, mereka akan cari sehinggalah bisa bertemu semula. Saya mulai faham dan minda terbuka bila berfikir tentang segala kesilapan saya dalam hubungan dahulu. Tapi, saya juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kadang kala hubungan percintaan tu mengajar kita lebih mendalam tentang perasaan dan persefahaman antara satu sama lain. Dan saya setuju, hubungan percintaan tu mengajar perasaan, fikiran dan tingkah laku kita tentang erti kematangan. Yang paling penting, dalam mana-mana percintaan pun, pastikan cinta kita terhadap manusia tu tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Muhammad saw.





  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Nice entry , nak simpan boleh ?

    ReplyDelete
  2. Salam..
    couldn't agree more!
    Thanx sbb bukakan minda sy skali..
    Thanx sgt2..
    Cinta manusia xsemestinye kekal..
    Cinta pd yg Maha Esa akan kekal abadi...

    Thanx again ieka..

    ReplyDelete
  3. u know what dear...starting from the 1st time
    i know u through this blog..
    there're many things that i've learned from u
    n what i know..
    u make other's become stronger also....
    :-)

    ReplyDelete
  4. menenangkan je msok blog nie..

    ReplyDelete