Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu dan Ayah




Entri khas yang ditujukan buat kedua orang tua ku tercinta. Jauh di sudut hati, ingin ku balas satu persatu jasamu, ayah dan ibu. Setiap hari adalah hari ibu, begitu juga ayah. Dan hadiah yang mampu ku berikan hanyalah doa. Doa dari seorang anak yang dahagakan rahmat dan restu dari Ilahi. Dan tidak lain tidak bukan. Sudah tentu...hadiah sebuah kejayaan. Perjuangan anakmu ini belum selesai. Selagi Allah mengizinkan aku untuk bernafas di bumi ini, tanggungjawab ku sebagai seorang anak tidak akan pernah selesai. Akan ku hadiahi kalian berdua segulung sijil suatu hari nanti. Dengan izin-NYA. Sebagai tanda kesyukuran atas segala usaha yang kalian berikan selama ini akhirnya membuahkan hasil. Meskipun mungkin ianya mengambil masa yang lama untukku. Hati ini tersentuh bila memikirkan kau menghabiskan keringatmu siang dan malam untuk menghasilkan mujahid dan mujahidah yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Kerana Allah, akan ku teruskan perjuangan yang belum selesai ini. Selamat Hari Ibu dan Ayah :')





1 comment: