Saturday, April 30, 2011

Peringatan Kecil


Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Buktinya, Dia memudahkan kita untuk mendapatkan pahala dengan menciptakan tangan, kaki, mulut, lidah dan hati agar kita dapat menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim. Tapi kita lalai. Jatuh tersungkur hanyut di lautan dunia yang deras. Lalu Allah tarik satu persatu nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Renung-renungkanlah. Ingat, dunia ini hanyalah satu persinggahan agar kita dapat mencari bekalan dan membawa bekalan tersebut ke akhirat kelak. Dan ingat, akhirnya hanya akan ada dua tempat yang kekal abadi. Syurga atau Neraka. Jazakallah khair.





No comments:

Post a Comment